zuriatku amanahku
Wednesday, July 25, 2012
Wahai anak... Jom kita berpuasa..
"Ina....esok bermulalah bulan RAMADHAN.
Bulan RAMADHAN ialah bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam & di bulan ini semua umat Islam diwajibkan berpuasa."
Kata seorang ibu kepada anaknya yang berumur 6 tahun dengan penuh kasih sayang sambil memeluk bahu anaknya itu.
Anaknya yang seolah kebingungan tercengang-cengang mendengar penjelasan ibunya. Mungkin itu lah pertama kali dia mendengar perkataan RAMADHAN.
Anak itu tiba2 bertanya.
"Kenapa pulak semua umat Islam tertunggu2 bulan RAMADHAN ini ibu..?"
Ibu dengan penuh kasih sayang tersenyum sambil mengusap kepala anaknya itu berkata:
"Sebab sesiapa yg berpuasa penuh dgn menjaga adab2 di bulan RAMADHAN Allah swt akan memberi balasan pahala yang berlipat ganda.
Ina nak tak pahala yang banyak...???"Tanya ibu pada anaknya.
"Nak..!!!! Nak...!!!" Jawab ina dengan gembira sambil bertepuk tangan.
"Bukan itu je tau..." Kata ibu pada anaknya.
"Kalau Ina nak tahu, dibulan Ramadhan
inilah Allah swt telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang Ina baca tiap hari dengan ibu tu....
Haaa...kitab ini menjadi petunjuk
bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah". Jelas ibu.
"Oooooo..." balas Ina sambil mengangguk tanda faham.
Tiba2 Ina bersuara dengan agak sedih.....
"Tapi Ina tak tahu mcm nak berpuasa..."
"Tak pe.... nanti ibu ajar mcm nak puasa ya sayang." Jawab ibu sambil mencium pipi anaknya itu.
"Mula2 Ina kena bangun bersahur bersama ibu & ayah iaitu sebelum masuknya waktu subuh. Masa itu kita akan makan bersama2. Apabila azan subuh berkumandang kita dah tak boleh makan apa2 lagi tau..sehinggalah bila azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa.Waktu tu baru kita dibenarkan makan seperti biasa." Terang ibu pada anaknya Ina.
Ina mengangguk tapi dengan dahi yg agak berkerut.
Perasan dengan kekeliruan di hati anaknya itu makan ibu pun bertanya,.
"Kenapa... Ina ada apa2 masalah..?" Tanya ibu dengan tersenyum kerana sudah menyangka persoalan yang bermain di hati anaknya itu.
"Habis kalau perut Ina lapar atau Ina haus sangat2 masa tengahari tu macamana.???
Nanti Ina pengsan macamana..???
Tanya Ina bersungguh-sungguh inginkan kepastian.
"Ooooo... itu lah yang membuatkan dahi Ina sampai berkerut2 tu ya... hihihi." Tanya ibu pada Ina.
"Ya la.... kalau Ina lapar macamana ibu..?
Ina mana tahan kalau lapar & haus.." Soal Ina pada ibunya bersungguh-sungguh.
"Memang la tujuan kita berpuasa itu ialah supaya kita merasa lapar. Supaya kita sama merasa lapar sebagaimana orang susah di sekeliling kita yang sentiasa berlapar.
Ina.... alhamdulillah kita sentiasa diberi Allah swt rezeki. Kita sentiasa dapat makan & minum dengan sempurna. Tetapi Ina tahu tak bahwa di luar sana terdapat ramai sangat manusia yang hidupnya sangat susah. Sampai hendak mendapatkan sesuap nasi pun susah.
Ada yang hanya makan pucuk2 daun, sisa makanan terbuang di kawasan sampah dan macam-macam lagi.
Maka itulah antara tujuan berpuasa di bulan RAMADHAN, tak lain tak bukan adalah untuk mendidik diri kita supaya tahan berlapar. Supaya kita sama2 dapat rasa bagaimana orang2 susah yang hidupnya sentiasa lapar.
Selain dari banyakkan bersolat, membaca al Quran, bercakap hanya perkara2 yang baik & berfaedah kita juga sangat2 digalakkan bersedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan. Samada wang ringgit, tenaga atau apa2 sahaja yang boleh meringankan seseorang." Jelas ibu dengan panjang lebarnya.
"Habis kalau Ina lapar juga macamana ibu..??" Tanya Ina lagi dengan bersungguh2.
"Ina.... Ina masih kecil.. tetapi Ina sudah boleh berlatih untuk berpuasa.
Ina bangun bersahur bersama Ibu. Kalau tengahari Ina terasa lapar Ina boleh aje minum & makan sedikit, kemudia sambung berpuasa ya.." Jawab ibu dengan muka tersenyum.
"OK ibu...!!" Jawab Ina dengan gembira sambil berlari keluar untuk bermain bersama kawan-kawannya.
Ibu memerhatikan telatah anak kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang sambil berdoa...
"Ya Allah... jadikan lah Ina seorang anak solehah yang mampu mendidik adik2nya, keluarga serta masyarakat dikemudian hari.."
Wednesday, November 16, 2011
Ciri2 pendidik yg baik.

Bukan senang hendak memilih pusat pendidikan kanak2 sepanjang waktu kita (ibubapa) bekerja...
Ada yg memilih lokasi yg berhampiran..
Ada pulak yg pilih mana2 pusat yg 'on the way' ke 'office'.. senang tak payah nak 'corner'.
Ada pulak yg pilih tempat yg tak ramai kanak2.
Ah.... kira macam2 lagi la sebab musabab pemilihan tersebut.
Perlu kita ingat....
Bahawa umur 6 tahun yg pertama ini (baru lahir sehingga 6 tahun) adalah peringkat paling efektif untuk mendidik kanak2.
Waktu inilah mereka akan menerima apa sahaja yg kita ajar...
Waktu inilah mereka akan meniru apa sahaja percakapan yg dia dengar...
Waktu inilah juga mereka akan meniru gaya kita berjalan.. duduk.. tidur & macam2 lagi 1001 bentuk gaya...
Bermakna jangan sekali2 kita ambil mudah di manakan sebenarnya kita nak hantar anak2 kita yg comel2 ni... semantara kita pergi bekerja.
Bagi saya yang paling utama kita hendaklah pastikan pusat pendidikan yg hendak kita hantar itu hendaklah berteraskan kepada al-quran & as sunnah. Barulah guru2 @ pendidik2 yg akan mendidik anak2 kita itu nanti terdiri dari guru2 yg menjadikan Islam sbg satu cara hidup & mengaplikasikannya semasa mendidik anak2 kita dgn sikap yg berlemah-lembut & kasih sayang.
Perhatikan kisah dibawah:
Ibnu Khaldun telah meriwayatkan dalam muqaddimahnya:
Ketika Harun Ar-Rasyid menyerahkan anaknya bernama Al-Amin kepada pendidiknya bernama Ahmar beliau telah berpesan beberapa perkara:
1)letakkan tanganmu diatasnya dgn lemah lembut.
2)ajarnya membaca al quran
3)kenalkannya dgn sejarah Islam
4)pupukkanlah dia dgn syair2
5)penuhkan dadanya dgn hadith2 Nabi
6)tunjukkannya cara bertutur
7)tidak ketawa melainkan pd waktunya
8)tidak melakukan perkara2 yg tidak mendatangkan faedah-kelak akan buntu otaknya.
9)jgn biarkan masa terluang bergitu sahaja-kelak dia akan suka kpd perkara yg membuang masa.
10)perbetulkan kesilapannya dgn cara berlemah-lembut & jika gagal hendaklah bertegas.terlebih dahulu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua dalam proses mendidik anak2 amanah Allah swt ini.
Sunday, June 13, 2010
Anakku.. kami menghargaimu.

Kata orang....
anak....bukti kasih sayang antara suami isteri
anak....penyejuk mata
anak....buah hati
anak....pengarang jantung
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan anak, asalnya akan menjurus kepada kegembiraan dan ketenangan. Masakan tidak.... pasangan suami isteri yang telah berkahwin akan bertambah rapat rasa kasih & sayang antara keduanya bila isteri melahirkan zuriat mereka.
Keletihan & kepenatan seharian di tempat kerja bisa terhapus dengan gelak ketawa anak-anak yang sedang bermain.
Kesunyian yang melata si isteri akibat ditinggal sang suami yang terpaksa menjalankan tugas di tempat yang jauh juga akan terubat bila melihat keletah anak-anak di depan mata.
Begitulah besarnya peranan anak di sisi ibu dan bapa. Oleh itu wajarlah kita sebagai ibu & bapa atau bakal ibu & bapa sedar akan betapa pentingnya anak-anak yang merupakan zuriat kita ini dijaga & dididik dengan sebenar-benarnya agar mereka menjadi individu yang baik yang benar-benar menjadi sumber kebahagiaan. Bila ini betul-betul dapat direalisasikan maka barulah anak-anak ini dukatakan sebagai perhiasan hidup menurut firman Allah swt yng bermaksud:
"Harta & anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia." (Al-Kahfi:46)
"Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari, adalah merupakan ungkapan yang membawa maksud harapan seseorang musnah ditengah jalan akibat perkara yang tidak diingini yang berlaku diantaranya hingga menyebabkan apa yang dihajati tidak kesampaian.
Dalam soal ini ia membawa maksud, begitu ramai ibubapa yang gagal mendidik anak-anak yang merupakan amanah Allah swt itu sebaik mungkin. Hinggakan mereka menjadi kutu jalanan, berpeleseran, merempit, mencuri, berzina dan sebagainya yang sangat menyedihkan.
Ini adalah ekoran daripada kegagalan ibubapa mendidik mereka.
Sesungguhnya tiada istilah terlambat dalam Islam. Yang penting indivdu itu sedar akan kesalahannya, bertaubat bersungguh-sungguh & berjanji tak akan mengulangi perbuatan yang lama. Maka kepada ibu-ibu & bapa-bapa atau bakal ibu & bapa, kita hendaklah sentiasa memahami jiwa anak-anak kecil lalau menyelami jiwa mereka serta menjelajah alam mereka yang bersih dan jernih dengan cara yang paling baik.
"Barangsiapa mempunyai anak kecil hendaklah menjadi anak kecil terhadapnya."
(Hadith: Riwayat Ibn Asakir)
Bergaul dengan mereka dengan cara yang terbaik......
Pandanglah mereka mengikut kaca mata mereka......
Berikanlah hak mereka dengan sebaik mungkin.....
Nescaya kita akan dapat menjalankan tanggungjawab terhadap zuriat kita dan mereka akan menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat & negara.
Namun
Subscribe to:
Posts (Atom)