Wednesday, July 25, 2012

Wahai anak... Jom kita berpuasa..

"Ina....esok bermulalah bulan RAMADHAN. 
Bulan RAMADHAN ialah bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam & di bulan ini semua umat Islam diwajibkan berpuasa." 
Kata seorang ibu kepada anaknya yang berumur 6 tahun dengan penuh kasih sayang sambil memeluk bahu anaknya itu.

Anaknya yang seolah kebingungan tercengang-cengang mendengar penjelasan ibunya. Mungkin itu lah pertama kali dia mendengar perkataan RAMADHAN.

Anak itu tiba2 bertanya. 
"Kenapa pulak semua umat Islam tertunggu2 bulan RAMADHAN ini ibu..?"

Ibu dengan penuh kasih sayang tersenyum sambil mengusap kepala anaknya itu berkata:
"Sebab sesiapa yg berpuasa penuh dgn menjaga adab2 di bulan RAMADHAN Allah swt akan memberi balasan pahala yang berlipat ganda.
Ina nak tak pahala yang banyak...???"Tanya ibu pada anaknya.
"Nak..!!!! Nak...!!!" Jawab ina dengan gembira sambil bertepuk tangan.

"Bukan itu je tau..." Kata ibu pada anaknya.
"Kalau Ina nak tahu, dibulan Ramadhan inilah Allah swt telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang Ina baca tiap hari dengan ibu tu....
Haaa...kitab ini menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membezakan yang benar dengan yang salah".  Jelas ibu.

"Oooooo..." balas Ina sambil mengangguk tanda faham.
Tiba2 Ina bersuara dengan agak sedih.....
"Tapi Ina tak tahu mcm nak berpuasa..." 

"Tak pe.... nanti ibu ajar mcm nak puasa ya sayang." Jawab ibu sambil mencium pipi anaknya itu.

"Mula2 Ina kena bangun bersahur bersama ibu & ayah iaitu sebelum masuknya waktu subuh. Masa itu kita akan makan bersama2. Apabila azan subuh berkumandang kita dah tak boleh makan apa2 lagi tau..sehinggalah bila azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa.Waktu tu baru kita dibenarkan makan seperti biasa." Terang ibu pada anaknya Ina.
Ina mengangguk tapi dengan dahi yg agak berkerut.

Perasan dengan kekeliruan di hati anaknya itu makan ibu pun bertanya,. 
"Kenapa... Ina ada apa2 masalah..?" Tanya ibu dengan tersenyum kerana sudah menyangka persoalan yang bermain di hati anaknya itu.

"Habis kalau perut Ina lapar atau Ina haus sangat2 masa tengahari tu macamana.??? 
Nanti Ina pengsan macamana..???
Tanya Ina bersungguh-sungguh inginkan kepastian.

"Ooooo... itu lah yang membuatkan dahi Ina sampai berkerut2 tu ya... hihihi." Tanya ibu pada Ina.
"Ya la.... kalau Ina lapar macamana ibu..? 
Ina mana tahan kalau lapar & haus.." Soal Ina pada ibunya bersungguh-sungguh.

"Memang la tujuan kita berpuasa itu ialah supaya kita merasa lapar. Supaya kita sama merasa lapar sebagaimana orang susah di sekeliling kita yang sentiasa berlapar.
Ina.... alhamdulillah kita sentiasa diberi Allah swt rezeki. Kita sentiasa dapat makan & minum dengan sempurna. Tetapi Ina tahu tak bahwa di luar sana terdapat ramai sangat manusia yang hidupnya sangat susah. Sampai hendak mendapatkan sesuap nasi pun susah.
Ada yang hanya makan pucuk2 daun, sisa makanan terbuang di kawasan sampah dan macam-macam lagi.

Maka itulah antara tujuan berpuasa di bulan RAMADHAN, tak lain tak bukan adalah untuk mendidik diri kita supaya tahan berlapar. Supaya kita sama2 dapat rasa bagaimana orang2 susah yang hidupnya sentiasa lapar.

Selain dari banyakkan bersolat, membaca al Quran, bercakap hanya perkara2 yang baik & berfaedah kita juga sangat2 digalakkan bersedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan. Samada wang ringgit, tenaga atau apa2 sahaja yang boleh meringankan seseorang." Jelas ibu dengan panjang lebarnya.

"Habis kalau Ina lapar juga macamana ibu..??" Tanya Ina lagi dengan bersungguh2.
"Ina.... Ina masih kecil.. tetapi Ina sudah boleh berlatih untuk berpuasa. 
Ina bangun bersahur bersama Ibu. Kalau tengahari Ina terasa lapar Ina boleh aje minum & makan sedikit, kemudia sambung berpuasa ya.." Jawab ibu dengan muka tersenyum.

"OK ibu...!!" Jawab Ina dengan gembira sambil berlari keluar untuk bermain bersama kawan-kawannya.

Ibu memerhatikan telatah anak kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang sambil berdoa...
"Ya Allah... jadikan lah Ina seorang anak solehah yang mampu mendidik adik2nya, keluarga serta masyarakat dikemudian hari.."


No comments:

Post a Comment