Sunday, June 13, 2010

Anakku.. kami menghargaimu.


Kata orang....
anak....bukti kasih sayang antara suami isteri
anak....penyejuk mata
anak....buah hati
anak....pengarang jantung

Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan anak, asalnya akan menjurus kepada kegembiraan dan ketenangan. Masakan tidak.... pasangan suami isteri yang telah berkahwin akan bertambah rapat rasa kasih & sayang antara keduanya bila isteri melahirkan zuriat mereka.

Keletihan & kepenatan seharian di tempat kerja bisa terhapus dengan gelak ketawa anak-anak yang sedang bermain.
Kesunyian yang melata si isteri akibat ditinggal sang suami yang terpaksa menjalankan tugas di tempat yang jauh juga akan terubat bila melihat keletah anak-anak di depan mata.

Begitulah besarnya peranan anak di sisi ibu dan bapa. Oleh itu wajarlah kita sebagai ibu & bapa atau bakal ibu & bapa sedar akan betapa pentingnya anak-anak yang merupakan zuriat kita ini dijaga & dididik dengan sebenar-benarnya agar mereka menjadi individu yang baik yang benar-benar menjadi sumber kebahagiaan. Bila ini betul-betul dapat direalisasikan maka barulah anak-anak ini dukatakan sebagai perhiasan hidup menurut firman Allah swt yng bermaksud:
"Harta & anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia." (Al-Kahfi:46)

"Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari, adalah merupakan ungkapan yang membawa maksud harapan seseorang musnah ditengah jalan akibat perkara yang tidak diingini yang berlaku diantaranya hingga menyebabkan apa yang dihajati tidak kesampaian.

Dalam soal ini ia membawa maksud, begitu ramai ibubapa yang gagal mendidik anak-anak yang merupakan amanah Allah swt itu sebaik mungkin. Hinggakan mereka menjadi kutu jalanan, berpeleseran, merempit, mencuri, berzina dan sebagainya yang sangat menyedihkan.
Ini adalah ekoran daripada kegagalan ibubapa mendidik mereka.

Sesungguhnya tiada istilah terlambat dalam Islam. Yang penting indivdu itu sedar akan kesalahannya, bertaubat bersungguh-sungguh & berjanji tak akan mengulangi perbuatan yang lama. Maka kepada ibu-ibu & bapa-bapa atau bakal ibu & bapa, kita hendaklah sentiasa memahami jiwa anak-anak kecil lalau menyelami jiwa mereka serta menjelajah alam mereka yang bersih dan jernih dengan cara yang paling baik.

"Barangsiapa mempunyai anak kecil hendaklah menjadi anak kecil terhadapnya."
(Hadith: Riwayat Ibn Asakir)

Bergaul dengan mereka dengan cara yang terbaik......

Pandanglah mereka mengikut kaca mata mereka......

Berikanlah hak mereka dengan sebaik mungkin.....

Nescaya kita akan dapat menjalankan tanggungjawab terhadap zuriat kita dan mereka akan menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat & negara.







Namun

2 comments: